Search

Kenapa org ingat saya sedih? hehe saya tak sedih. ...

  • Share this:

Kenapa org ingat saya sedih? hehe saya tak sedih. saya bersyukur dgn apa berlaku pada boboi semalam. Ada org cakap mungkin ini bukan platform yg sesuai untuk mengingati sesama kita, saya tak bersetuju kerana tidak ada masa yg salah untuk saling mengingati. Secara jujurnya saya tak kisah pun org boo kita, pada saya, itu allah bagi peringatan bagi saya, yg apa boboi sedang cuba buat ini memang tak akan di senangi. boboi berterimakasih kepada yg menyokong kami tapi kepada yg tak suka, takpe! tak perlu vote kami. itu pilihan anda. No hard feelings. Seperti pengajaran cerita keldai kami, kami kena terus buat sahaja apa yg kami percaya betul. Maaf jika kami tak mendengar komen komen anda. Bukan keredhaan anda yg kami cari. Seperti R2 cakap, jgn serius sangat. be happy life is too short. MLM is just entertainment. Boboi just want to have fun, dari tahun lepas itu objektif kami. tahun ini ada penambahan sikit, iaitu mesej mesej penting. Ya allah keep me steadfast on your deen.


Tags:

About author
not provided
i found out what life is about in Syria... doing my best to help as many people i can.
View all posts